Thursday, 13 December 2012

Bahaya Lampu kepada Bayi Anda


Bila anak anda memberontak

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia
sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

A POEM TO MY BELOVED SON MUHAMMAD AFHAM DANISH

To my first born son, Afham Danish
Whom I've always loved and adored
You're such a good son, and also big brother
You've always made me proud to be your mother

From the moment I knew you existed
The live that I felt for you could not be resisted
The elation that I felt as you grew in my womb
The joy I felt in my heart as I started to bloom

From the first time you kicked your Dad in the ear
Until the glorious day you actually appeared
Upside down and much quicker than planned
You changed my life that instant, you understand

Becoming a parent was scary from the start
You hope you do the right thing by following your heart
You give your love and guidance each and every day
Hoping to raise your children the best possible way

But you never receive any specific guarantee
That they'll turn out exactly as you want them to be
You pray that you've influenced them positively each day
In decisions they make, what they do, what they say

You hope and you pray that you've done everything right
But you never know the outcome, not just overnight
So you share in their lives, through the ups and the downs
And try to support them and always be around

So while raising you I tried to do the best that I could do
I don't know exactly what I did to deserve you
But I definitely must have done something right
Because having you for my son has been pure delight

I'm so very proud of the wonderful kids you've become
(Hopefully, contributed in part by something I have done)
I hope that my love and guidance has played a small part
I know the most important part comes straight from your heart

You've grown to become a wonderful and adorable kids
Who is always there for me and family
Your love and coquettish is something I'll always treasure
Having you for my son is one of my life's pleasures

I'll always be there for you in any way that I can
That won't ever change, even now that you're a far away from me
You're my flesh and blood, an important part of my life
And will forever be

So feel my love with you each and every day
Even those days that you are so far away
May it give you courage and strength, if that be required
Or may it comfort and hold you, if you so desire

May it help you overcome any obstacle in your way
Or simply just be there for you from day to day
I know you're as strong and as tough as they come
So you be extra careful and come home to your MOM

I LOVE U SON, HAVING YOU IS SUCH A MIRACLE HAPPENED TO MY LIFE

Friday, 4 May 2012

CORAK TIDUR BAYI ANDA


UMUMNYA, semua bayi tidur sepanjang siang dan malam — hanya bangun untuk makan setiap beberapa jam. Jadi pasangan yang baru menjadi ibu bapa sukar menentukan berapa lama dan kerap bayi mereka perlu tidur.

Tiada kaedah khusus untuk menentukannya kerana bayi tidak mengetahui antara siang dan malam. Mereka sangka perlu tidur waktu siang dan kerap berjaga waktu malam! Namun secara purata, setiap bayi tidur antara lapan hingga sembilan jam waktu siang dan kira-kira lapan jam waktu malam.

Kebanyakan bayi terjaga beberapa kali pada waktu malam dan hanya selepas umur tiga bulan baru mereka tidur sepanjang malam.

Oleh kerana perut mereka kecil, bayi terjaga setiap tiga hingga empat jam. Bagaimanapun, jangan beri bayi anda tidur melebihi lima jam satu-satu masa ketika berumur antara lima hingga enam minggu pertama.

Sesetengah bayi yang dilahirkan pra matang perlu disusukan lebih kerap.

Perhatikan pada corak tidur bayi anda. Jika bayi anda biasanya tidur nyenyak dan bangun mengejut, ia mungkin menandakan si kecil mengalami masalah seperti jangkitan telinga. Tidur bayi juga boleh terganggu akibat perubahan perkembangan atau disebabkan rangsangan berlebihan.
Paling penting, jangan biarkan botol susu ada di mulut bayi anda ketika dia tidur kerana boleh menyebabkan jangkitan telinga atau tercekik.

Seperti orang dewasa, bayi menjalani beberapa fasa tidur. Bergantung kepada fasa tidurnya, bayi anda mungkin bergerak aktif atau baring tidak bergerak langsung.

Corak tidur bayi bermula ketika bulan terakhir kehamilan — tidur yang bergerak aktif dulu, kemudian diikuti dengan tidur tidak bergerak pada hujung bulan kelapan.


Jenis tidur bayi:

# REM (tidur mata bergerak) — Tidur yang tidak nyenyak iaitu apabila bermimpi dan mata bergerak ke depan dan belakang. Walaupun bayi tidur 16 jam sehari, separuh daripadanya dalam fasa ini. Kanak-kanak besar dan orang dewasa tidur lapan jam, tetapi tidur mereka tidak banyak fasa REM.

# Fasa bukan REM — Terbahagi kepada empat peringkat:

Peringkat 1 — mengantuk: mata tertutup, atau terbuka tetapi tertutup semula

Peringkat 2 — tidur belum nyenyak: bayi bergerak, terkejut atau terjaga bila ada bunyi

Peringkat 3 — tidur nyenyak: bayi diam dan tidak bergerak

Peringkat 4 — tidur sangat nyenyak: bayi diam dan tidak bergerak

Pada permulaan tidur, bayi memasuki fasa 1, ke fasa 2, 3 dan 4 kemudian berbalik ke fasa 3, 2 dan ke REM. Pusingan ini berulang beberapa kali sepanjang dia tidur.

Ketika bangun, tahap bayi terjaga juga berbeza. Apabila bayi terjaga penghujung pusingan tidur, ini fasa terjaga yang sunyi. Bayi anda tidak bergerak, tetapi sudah bangun dan seolah-olah tenggelam dalam dunianya.

Ketika ini juga bayi anda mungkin kelihatan merenung sesuatu objek dan bertindak balas terhadap bunyi serta pergerakan, kemudian mereka bergerak aktif.

Selepas ini masuk ke fasa menangis. Badan bayi bergerak tidak tentu arah dan menangis dengan kuat. Bayi mudah mengalami rangsangan berlebihan ketika fasa menangis. Jadi pastikan anda menenangkan bayi dengan mendakapnya atau membedung (balut bayi dengan kain).

Beri susu sebelum bayi masuk ke fasa menangis kerana jika mereka sudah menangis, mungkin sukar untuk memberi susu. Pada bayi baru lahir, menangis menandakan mereka sangat lapar!


Membantu bayi tidur

Bayi mungkin tidak dapat membentuk corak tidur dan bangunnya sendiri; terutama ketika mahu tidur. Anda boleh membantu dengan mengenal pasti tanda mengantuk, mengajarnya untuk tidur sendiri dan menyediakan persekitaran selesa serta selamat untuk tidur.

Antara tanda bayi mengantuk ialah:

# Menggosok mata

# Menguap

# Kelihatan melihat objek yang jauh

# Meragam


Bagaimana anda boleh membantu bayi tidur:

Bukan semua bayi pandai tidur sendiri. Apabila tiba waktu tidur, kebanyakan ibu bapa cuba mendodoi atau memberi susu bagi membantu mereka terlelap. Langkah ini memang baik, tetapi pastikan bayi tidak tidur di tangan atau dalam dakapan anda kerana dia akan belajar bahawa untuk tidur, dia perlu ada dalam dakapan.

Apabila bayi terjaga daripada tidur, dia mungkin tidak dapat tidur balik dengan sendiri. Kebanyakan pakar menyarankan untuk mendakap bayi hingga dia mengantuk dan kemudian letakkan bayi anda di katilnya ketika dia masih terjaga. Kaedah ini membolehkan bayi belajar untuk tidur. Memainkan muzik lembut dan perlahan apabila anda lihat bayi mulai mengantuk juga boleh membantu mereka tidur.

Corak tidur yang sesuai untuk bayi

Selama bertahun-tahun bayi di Amerika Syarikat ditidurkan dalam keadaan meniarap. Di kebanyakan negara lain, bayi ditidurkan secara terlentang.Bagaimanapun, kajian mendapati sindrom bayi mati mengejut (SIDS) ada kaitan dengan tidur meniarap. Kini pakar sependapat tidur terlentang lebih selamat untuk bayi.

Kadangkala boleh tidurkan bayi dengan cara mengiring, tetapi ia juga dikatakan berisiko tinggi berbanding tidur terlentang. Pakar melaporkan, tilam yang terlalu lembut, cadar yang boleh bergumpal dan selimut terlalu tebal (menyebabkan kepanasan) juga boleh mengakibatkan SIDS. Namun apabila mereka bangun, bayi boleh diletakkan dalam keadaan meniarap bagi merangsang pembentukan otot, mata dan mengelak belakang kepala menjadi leper. Jika bayi ditidurkan meniarap, mereka juga akan diletakkan di atas tilam lembut, jadi risiko SIDS semakin tinggi. Malah, ibu merokok juga sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat SIDS.

Sejak Akademi Pediatrik Amerika menyarankan semula bayi ditidurkan secara terlentang pada 1992, kes SIDS menurun lebih 40 peratus.

Tidur terlentang mempunyai banyak kebaikan lain. Sehingga kini, tiada bukti menunjukkan bayi yang tidur terlentang mudah muntah atau muak, sebaliknya mereka mudah tercekik jika tidur meniarap.


Saranan menidurkan bayi:

# Pastikan tilam bayi tidak terlalu lembut dan dipasang dengan cadar yang tidak mudah tertanggal

# Alihkan bantal, selimut, mainan atau barang lain yang lembut daripada katil bayi

# Guna kain selimut yang khusus untuk bayi (ia berbentuk sarung kecil yang direka khusus untuk bayi, dipanggil ‘sleeper’) berbanding selimut biasa

# Jika menggunakan selimut, pastikan hujung kaki bayi dekat dengan hujung tilam. Pastikan panjang selimut hanya sampai ke dada bayi dan sisipkan selebihnya di bawah tilam dengan kemas

# Pastikan kepala bayi tidak tertutup sepanjang masa dia tidur

# Jangan tidurkan bayi di atas tilam air, sofa, tilam yang terlalu empuk, bantal atau permukaan lembut lain

Malah, banyak pendapat mengatakan tidur bersama bayi juga boleh mencetuskan keadaan berbahaya kerana bayi boleh tertindih. Justeru, ibu bapa disaran:

# Letakkan katil bayi berhampiran katil ibu bapa supaya mudah disusukan dan mengeratkan hubungan antara anak dan ibu

# Jika ibu memilih untuk tidur bersama (supaya mudah disusukan), pastikan bayi tidak ditidurkan dalam keadaan meniarap, jauhkan selimut dan jarakkan katil dari perabot atau dinding bagi mengelak bayi anda tersepit di celahnya

# Jangan benarkan adik beradik atau orang dewasa lain (selain ibu dan bapa) tidur bersama bayi

# Ibu bapa yang memilih untuk tidur sekatil dengan bayi perlu berhenti merokok dan tidak minum kerana ia boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk terjaga dengan cepat

# Untuk mengelak bayi terlalu panas, pastikan dipakai baju nipis dan tetapkan suhu bilik pada keadaan selesa. Dari semasa ke semasa, periksa dahi bayi anda bagi mengetahui dia tidak terlalu panas.