Tuesday, 29 January 2013

CHECKLIST/PERSIAPAN MENYAMBUT BABY DAN PERSIAPAN IBU

Assalamualaikum...

Usia kandungan i da nak masuk 6bulan da. so kenalah mula untuk membuat checklist persediaan menyambut baby nanti. kena la ready awal2 takut nanti jadi kelam kabut. and nak shopping last minute pn takut tak larat nak jalan. Tapi masa mengandung danish dulu masa 4 nak masuk 5 bulan pn da beli macam2 da. excited punya pasal..When it comes to second baby ni relax  la sket. sebab danish pnya dulu pn ada lagi.ada sikit2 je lagi nak dibeli. So kat sini i senaraikan barang2 keperluan ibu and baby.

Mummy Checklist

  1. Set bersalin (dulu pakai nonaroguy..ok jugak.this time tak decide lagi)
  2. Stoking
  3. Tungku
  4. Kain Batik
  5. T-shirt longgar
  6. Baju Sejuk (dulu tak pakai pn..sbb masa dalam pantang badan asyik panas and berpeluh je. da la panas nak pasang kipas  kuat pn mak marah takut masuk angin. lagi teruk dia suh pakai baju lengan panjang.die cakap kalo peluh lg bgs cepat kurus..OMG mmg takla..pas pantang maintain je..hihi)
  7. Bengkung (selalunya kalo beli set bersalin diorg bagi sekali dengan bengkung. bengkung nonaroguy best and senang nak pakai)
  8. Maternity pad (masa bersalin danish dulu pakai Madame Maternity Pad tp pakai masa kat hospital and masa darah sangat banyak. so beli 2 bungkus cukup kot..then bila darah da tak byak sangat i pakai Kotex Overnite je selesa.)
  9. Minyak angin (minyak angin ni actually guna masa tgh mengandung je sebab selalu lenguh2 kaki. tukang urutnye suami tercinta. untung dapat suami yg pandai mengurut and rajin mengurut..hihi..hmm kalo dalam pantang nanti tak perlu kot sebab dalam set bersalin tu da lengkap sume benda da.)

Baby Checklist

Set Pakaian

  1.  Baju Lengan panjang
  2. Baju lengan pendek (kalo boleh beli baju yang berlubang2 jugak takut baby panas nnt kena ruam)
  3. Baju Singlet
  4. Seluar Panjang
  5. Seluar Pendek
  6. Barut
  7. Sarung kaki (kalo sarung kaki tu better beli jenis yang mcm org dewasa pakai lagi kemas and selesa tp saiz baby la.)
  8. Sarung tangan
  9. Kain bedung (dulu danish bedung ngn kain lampin je tak panas sangat. tp skg kan ada banyak jual kain bedung yang comel2 dan tak panas sangat kot. tak pernah cuba. danish dlu bedung sampai umo 3bulan bila nak tdo je la sbb takut die mengigau. kalo bedung die rasa selamat la sket mcm kena peluk)
  10. Topi
  11. Changing Mat
  12. Selimut
  13. Diapers (Dulu masa danish i pakai Huggies for newborn. ok la tapi mahal sket la)
  14. Sapu tangan
  15. kelambu
  16. Beg baby

Set mandian

  1. Besen mandi baby
  2. Tuala mandi
  3. Tuala Muka
  4. Baby bath (danish dulu pakai Sebamed)
  5. Syampoo
  6. Berus Lampin
  7. Detergen khas tok basuh pakaian baby

Set Penjagaan Baby

  1. Losyen Baby
  2. Minyak baby
  3. Bedak baby
  4. Berus rambut
  5. minyal telon (i ske pakai minyak telon nyonya mener botol warna kuning. tak panas sgt tok baby baru lahir. in fact sampai skg pn danish still i taruk minyak yg sama)
  6. nail clipper
  7. kapas muka
  8. cotton bud
  9. krim ruam lampin
  10. termometer
  11. vicks (i ske i pakai vicks vapor rub 21st century perisa strawbery, wangi)
  12. Baby Wipes

Set Tidur Baby

  1. Katil Baby/baby cot
  2. Tilam
  3. Bantal Kepala
  4. Bantal Peluk
  5. Cadar
  6. Selimut
  7. Mobile baby matress yang lekat sekali dengan bantal n bantal peluk

Set Penyusuan

  1. Pam payudara (sangat penting. Newborn baby selalunya kuat tdo so breast memang selalu bengkak sbb susu tak perah. kdang2 bole jadi demam. penting jugak kita perah susu ni. sbb masa dalam pantang badan kita lemah so kalo susu perah ada boleh la kta rehat bagi mak tolong jaga baby..hihi)
  2. Bekas penyimpanan susu
  3. Beg pendingin (ini kalo ibu2 yang bekerja la)
  4. Nursing Cover
  5. Botol Susu
  6. Berus botol baby

Keperluan baby lain-lain

  1. Baby Car Seat (Penting bg ibu2 yang suaminya busy and terpaksa drive sendiri)
  2. Stroller
  3.  Buaian (tak penting pn. lagipun bahaya)
ini je kot yang penting pn..sesetengah senarai ni tnggu baby lahir and betul2 perlu baru beli. kalo tak tak payah beli lagi

Monday, 28 January 2013

lbdf.lilypie.com/TikiBlogger.php/t7aL

PENYIMPANAN DARAH TALI PUSAT/STEM CELL

semalam tiba2 je terfikir pasal stem cell ni..so search la info tentang ni. masa danish dulu tak terfikir pn. tapi bila anak kedua ni. nak cuba la jugak.bila pk2 mmg la kos penyimpanan untuk orang yang tak berapa mampu ni mahal la jugak. tp pk balik if la one of the family sakit kos perubatan tu lagi mahal kot..kalo tak mampu nak simpan tok peribadi pn why not kita derma je kat tabung darah negara. tak rugi pn kan..dapat pahala tolong orang. and some more tak sakit pn. daripada tanam and tak dimanfaatkan. hmm so kat cni i selitkan sedikit info tentang stem cell ni.
DARAH TALI PUSAT PENAWAR AJAIB



Berpotensi merawat lebih 70 jenis penyakit termasuk barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang dan parkinson

SECARA tradisi, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh sebelum ditanam. Berdekad lamanya, tiada siapa mengetahui keistimewaan darah dari tali pusat dan keupayaannya sebagai penawar ajaib untuk lebih 70 jenis penyakit.

Hanya kira-kira 20 tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati, darah tali pusat mengandungi banyak sel dan satu daripadanya sel stem. Pada 1988, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit Fanconi Anemia.

Di Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu) melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit talasemia major. Sel stem berkenaan didermakan adiknya yang baru dilahirkan.

Bagaimanapun sejarah itu tidak banyak kesannya kepada penduduk Malaysia secara keseluruhan. Dalam satu kajian rambang di kalangan penduduk Lembah Klang baru-baru ini, hanya 42 peratus responden tahu mengenai darah tali pusat. Jika dibandingkan dengan negara luar, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dari segi kesedaran dan kemudahan penyimpanan darah tali pusat.

Selain Pusat Darah Negara yang menubuhkan Bank Darah Tali Pusat pada 2002, yang menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan awam; hanya ada dua bank darah swasta menawarkan perkhidmatan ini. Satu daripadanya StemLife Bhd yang sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.

Pengarah Operasi StemLife Bhd, Zahrein Redza, berkata sehingga ini walaupun mereka memiliki 6,000 pelanggan, kebanyakan mereka bukan Bumiputera.

kesedaran Bumiputera untuk menyimpan darah tali pusat bayi masih rendah. Mungkin maklumat tidak sampai atau mereka tidak tahu keajaiban darah tali pusat kerana jika diambil kira dari segi kos, menyimpan darah tali pusat hanya berharga RM250 setahun, katanya.

Dari segi perubatan, tubuh manusia memiliki 200 jenis sel seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel kulit, tetapi setiap sel ini bersifat tersendiri. Sel kulit tidak boleh menjadi sel hati begitu juga sebaliknya.

Sel stem adalah sel kosong. Ia memiliki keupayaan untuk terbahagi dan menghasilkan lebih banyak sel kosong dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Keupayaan itu menjadikannya sangat istimewa.

Sel stem dewasa berbeza dengan sel stem bayi. Sel stem matang bersama usia justeru menyimpannya dengan teknik yang betul, mampu mengelakkannya matang dan berupaya menyelamatkan bayi atau ahli keluarganya di masa hadapan.

Dari mana datangnya sel stem embrio? Manusia memulakan kehidupan sebagai sel tunggal yang dikenali sebagai zigot. Sel ini boleh terbahagi dan membentuk dua sel. Dalam tempoh lima hari, pembentukan ?lastocyst? terjadi. ?lastocyst? lebih kecil daripada pasir dan mengandungi dua sel, ?rophoblast? dan ?nner cell mass?. Sel stem embrio adalah sel yang membentuk ?nner cell mass?.

Apa perlunya menyimpan darah tali pusat? Lebih 70 jenis penyakit berpotensi dirawat menggunakan darah tali pusat. Antaranya barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang, parkinson dan jumlah itu bertambah dari saban tahun.

Zahrein berkata, di Malaysia penyakit talasemia major semakin meningkat. Malah dianggarkan 4.5 peratus penduduk Malaysia adalah pembawa.

keperluan pemindahan darah sangat mendesak untuk pesakit talasemia major. Tetapi mungkin mereka akan bertemu penawar yang mujarab jika pesakit atau ahli keluarga terdekatnya ada menyimpan darah tali pusat,? katanya.

Darah tali pusat yang disimpan tiada tarikh luput. Selagi teknik penyelenggaraannya betul (disimpan dalam nitrogen cair dengan suhu beku - 196 darjah selsius) ia sentiasa berupaya menjadi penawar kepada bayi. Jika mungkin bukan bayi itu yang memerlukannya, ayah, ibu atau adik beradik kandungnya yang berhadapan dengan penyakit kritikal masih boleh mengambil manfaat.

Begitupun, keberkesanan darah tali pusat terhadap saudara jauh atau individu di luar keluarga berkenaan bergantung kepada keadaan penyakit yang dihidapinya. Darah tali pusat yang datang dari bayi yang berhadapan dengan penyakit tertentu seperti sindrom down hanya boleh digunakan terhadapnya saja.

Keberkesanan pemindahan darah tali pusat juga bergantung pada ?eserasian? penderma-penerima, jumlah sel stem yang ada dalam darah tali pusat dan tahap penyakit yang dihidapi seseorang.

Zahrein berkata, di StemLife kos penyimpanan darah tali pusat pada kadar RM2,500 untuk proses pendaftaran, ujian, pemprosesan dan penyelenggaraan manakala RM250 untuk tahun kedua dan seterusnya. Jumlah itu katanya, lebih murah jika dihitung dengan harga segelas teh tarik yang dinikmati rakyat Malaysia saban pagi.

Jenis Sel Stem

a) Sel stem totipotent boleh menjadi apa saja jenis sel dalam tubuh termasuk placenta.

b) Sel stem pluripotent - terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses penyuburan boleh menjadi apa saja jenis sel termasuk sel stem totipotent dan sel placenta.

c) Sel stem multipotent warisan daripada sel setm pluripotent dan sel lain dalam tisu.

d) Sel progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.

Penyakit yang boleh dirawat menggunakan sel stem

* Barah darah
* Penyakit darah (talasemia)
* Penyakit metabolik
* Keimunan
* Jantung
* Diabetes
* Parkinson

Mengapa perlu menyimpan sel darah tali pusat anak anda?

* Ia adalah aset biologi yang berpotensi menyelamatkan nyawa bayi atau ahli keluarga.

* Proses pengumpulan darah tali pusat tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko pada ibu dan bayi

* Berbanding sel stem daripada sum-sum tulang dewasa, sel stem darah tali pusat lebih mudah diterima badan dan mempunyai risiko penolakan yang rendah

INFO:

Jika dibandingkan dengan pengambilan sel stem tulang sum-sum, proses pengambilan darah tali pusat tidak menyakitkan dan tiada risiko untuk bayi dan ibu. Ia hanya memakan masa lima minit selepas bayi dilahirkan.

Sel stem darah tali pusat tidak memiliki tarikh luput, boleh diwarisi asalkan disimpan dengan teknik yang betul. Ia lebih bagus daripada sel stem tulang sum-sum kerana tidak terdedah pada kuman (kerana diambil sebaik saja bayi dilahirkan) berbanding sel stem tulang sum-sum.

Jika anda ingin menderma sel stem darah tali pusat bayi anda, sila berhubung dengan Pusat Darah Negara. Sekiranya ingin menyimpannya untuk kegunaan peribadi ada dua bank swasta yang boleh anda hubungi.

nak info lanjut boleh lawat laman web ni http://www.stemlife.com/malaysia/stem_cell/index.html

Sunday, 27 January 2013

URI RENDAH/PLACENTA PREVIA

Salam semua..

just nak share pengalaman..last week i pergi check up and scan. doc cakap i punya uri rendah..risau jgk..even i baru masuk 23week..lately kalo berjalan banyak sure sakit kat bawah..rasancam baby nak kuar je. so far alhamdulillah takde bleeding lg. so kat cni i selitkan info sket untuk u guys out there..


MENGALAMI pendarahan ketika hamil adalah perkara menakutkan hingga menyebabkan sesetengah wanita trauma untuk mengandung lagi. Mereka bimbang perkara sama akan berulang kerana masalah ini boleh membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.
Biasanya pendarahan ketika hamil berlaku pada trimester ketiga akibat kedudukan uri (yang sepatutnya di atas) terletak di bahagian bawah rahim iaitu berhampiran pangkal rahim. Keadaan ini dipanggil plasenta previa.
Tanda utama plasenta previa ialah pendarahan pada trimester ketiga. Keadaan pendarahan berbeza dari semasa ke semasa. Ada kalanya pendarahan hanya sedikit, tetapi ada waktunya ia boleh menjadi banyak sehingga membahayakan. Pendarahan ini boleh berlaku bila-bila masa dan lazimnya berulang selepas beberapa hari atau minggu.
Uri akan terbentuk apabila seseorang wanita hamil. Ia bertindak menjadi penghubung di antara bayi dengan sistem darah ibu yang membekalkan oksigen dan khasiat makanan kepada bayi dan akan keluar bersama apabila bayi dilahirkan.
Ia juga bertanggungjawab menyingkir bahan sisa daripada darah bayi. Uri melekat pada dinding rahim dan tali pusat bayi yang menjadi penghubung utama di antara ibu dan anak dalam kandungan.
Pada awal kehamilan, uri mungkin di bahagian bawah rahim. Apabila janin membesar, biasanya uri bergerak dan tertolak ke atas menjauhi pangkal rahim.
Kedudukan uri boleh dikesan melalui ujian imbasan bunyi yang dilakukan pada pemeriksaan prenatal anda. Doktor akan memberitahu jika uri terletak di bawah sebelum kandungan masuk minggu ke-20.
Bagaimanapun, ia keadaan biasa dan dalam kebanyakan kes (lebih 80 peratus), uri tertolak ke atas apabila kandungan semakin membesar. Hanya 10 hingga 15 peratus kes uri kekal di bawah. Masalah mula timbul apabila janin semakin besar (memasuki minggu ke-26) dan memberi tekanan kepada uri sehingga menyebabkan pendarahan.
Insiden kedudukan uri rendah adalah kecil iaitu hanya 0.5 peratus atau satu kes bagi setiap 200 kehamilan, tetapi risikonya sangat tinggi kerana pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah (anemia).
Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatima Najla Mohd Jaffar, berkata jika tidak diberikan rawatan segera, ibu dan bayi boleh menemui maut akibat kehilangan terlalu banyak darah.
“Wanita yang ada masalah plasenta previa boleh mengalami pendarahan vagina selepas kandungan memasuki minggu ke-28, tetapi ia tidak menyebabkan rasa sakit.
“Perkara ini membimbangkan kerana pendarahan boleh berlaku dengan banyak atau dipanggil tumpah darah dalam masa singkat. Malah, ia boleh berlaku bila-bila masa tanpa sebab.
“Jika tidak dirawat, pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah. Ini sebabnya wanita yang disahkan ada masalah plasenta previa major perlu dimasukkan ke hospital sehingga bersalin,” katanya.
Bagaimana pendarahan boleh berlaku? Ia boleh berlaku apabila bahagian bawah rahim mula mengalami perubahan bentuk dan menjadi nipis sebagai persediaan untuk melahirkan anak.
Namun, oleh kerana uri tidak boleh meregang seperti rahim, ia merekah pada tempat tertentu lalu menyebabkan pendarahan. Pada peringkat awal, pendarahan biasanya sedikit tetapi ada risiko berlaku banyak pendarahan pada bila-bila masa tanpa tanda atau amaran. Pendarahan ini juga menyebabkan wanita menjadi pucat, berpeluh dan jantung berdegup cepat.
Punca, jenis dan faktor risiko
Sehingga kini tiada siapa tahu punca sebenar plasenta previa. Namun, ada hipotesis mengaitkan ia dengan salur darah tidak normal pada lapisan endometrium (dinding rahim) akibat pembedahan atau jangkitan. Malah, bentuk rahim tidak normal juga boleh menyebabkan plasenta previa.
Masalah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:
Jenis I atau uri rendah. Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.
Jenis II atau pinggiran. Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.
Jenis III atau separa. Uri menutup separuh pangkal rahim.
Jenis IV atau lengkap. Uri menutup seluruh pangkal rahim.
Jenis I dan II dikenali sebagai plasenta previa minor, manakala jenis III dan IV dikelaskan sebagai plasenta previa major yang sering menyebabkan pendarahan membimbangkan.
Namun, bukan semua kes uri di bawah dipanggil plasenta previa. Jika kandungan kurang daripada 28 minggu, masalah ini dikategorikan sebagai uri rendah dan hanya selepas kandungan memasuki 28 minggu dan masalah ini berterusan baru ia dipanggil plasenta previa.
Komplikasi
Jika anda mengalami masalah plasenta previa, doktor akan memantau kesihatan anda dan bayi dalam kandungan untuk mengurangkan komplikasi seperti:
Pendarahan yang banyak.
Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan).
Kedudukan uri di bawah juga boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi tidak betul, sama ada menyongsang atau melintang, terutama bagi wanita yang mengalami plasenta previa major. Malah, masalah ini meningkatkan risiko wanita untuk mendapat masalah plasenta akreta.
Plasenta akreta (uri tertanam dalam dinding rahim dan ia sukar tercabut secara semula jadi apabila bayi dilahirkan). Jika keadaan serius, doktor terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan rahim untuk menyelamatkan nyawa ibu. Plasenta akreta tidak boleh dibiarkan kerana ia menyebabkan pendarahan berterusan selagi tidak dikeluarkan. Bagaimanapun keadaan ini jarang berlaku.
Plasenta abruptio. Uri terpisah atau tercabut dari dinding rahim sebelum sampai waktu melahirkan anak. Ia boleh menyebabkan bayi mengalami kesesakan akibat ketiadaan bekalan oksigen dan nutrien. Malah, keadaan ini mengakibatkan pendarahan yang membahayakan nyawa ibu dan bayi. Walaupun ia boleh terjadi kepada wanita yang tiada masalah plasenta previa, masalah ini jarang berlaku.
Adakah ia membahayakan bayi anda?
Masalah uri rendah secara umumnya tidak mendatangkan bahaya pada bayi. Namun jika menyebabkan pendarahan, ia boleh mengakibatkan bayi turut mengalami masalah kekurangan darah.
Pendarahan boleh berlaku bila-bila masa bermula dari kandungan berusia 28 minggu hingga sebelum bersalin. Masalah ini juga boleh menyebabkan seseorang wanita terpaksa bersalin awal (tidak cukup bulan atau kurang 36 minggu).
Lebih membimbangkan, pendarahan banyak yang berlaku ketika kandungan kurang daripada 26 minggu boleh menyebabkan keguguran. Malah, si ibu boleh meninggal dunia jika dimasukkan ke hospital yang tiada bekalan darah.
Rawatan dan penjagaan bergantung kepada masalah dihadapi, sama ada pesakit perlu berehat di atas katil, memerlukan pemindahan darah atau menjalani pembedahan Caesarean. Bagi pendarahan akut (banyak dalam masa singkat), pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan pemeriksaan rapi dilakukan untuk memastikan ia tidak berulang.
Malah, pesakit mungkin terpaksa menerima bekalan darah jika pendarahan terlalu banyak. Namun, dalam kebanyakan kes, di bawah pengawasan doktor, wanita boleh meneruskan kehamilan sehingga bayi cukup matang untuk dilahirkan.
Bagi wanita yang ada plasenta previa tetapi tidak mengalami pendarahan, mereka masih perlu berehat di hospital sehingga bayi cukup matang (antara 36 hingga 38 minggu kehamilan) untuk menjalani pembedahan.
“Wanita yang mengalami masalah ini dinasihatkan memilih hospital yang ada bank darah dan kelengkapan mencukupi. Wanita juga perlu memaklumkan doktor mengenai masalah yang dihadapi jika membuat pemeriksaan di tempat lain.
“Hospital akan menyimpan bekalan darah untuk pesakit dan memberi suntikan pada wanita yang pernah mengalami pendarahan. Suntikan ini diberikan sebelum minggu ke-34 kehamilan untuk mematangkan paru-paru bayi. Jika berlaku pendarahan lagi, doktor akan segera melakukan pembedahan Caesarean,” katanya.
Masalah plasenta previa bukan penghalang untuk anda mengandung lagi kerana tidak semestinya perkara ini berulang. Malah, anda juga boleh mendapat anak sihat dan comel seperti orang lain.
Namun Dr Fatima menyarankan wanita yang ada sejarah plasenta previa supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun. Justeru, persediaan minda penting. Cari maklumat lanjut mengenai masalah ini supaya anda faham dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk komplikasi serta rawatan yang ada.
Sebaik mengetahui anda mengandung, bincang dengan doktor mengenai langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelak pendarahan. Anda juga mungkin terpaksa mengurangkan aktiviti seks atau mengelakkannya langsung jika berlaku pendarahan.
Kumpulan berisiko
Terlalu kerap mengandung dan kehamilan yang terlalu rapat.
Pernah menjalani pembedahan Caesarean ketika melahirkan anak terdahulu.
Pernah menjalani pembedahan untuk membuang fibroid.
Mempunyai luka pada rahim.
Pernah menjalani dilation and curettage D & C (selepas menggugurkan anak) yang menyebabkan rahim luka dan berparut.
Mengandung pada usia terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35 tahun). Risiko bertambah tinggi dengan peningkatan umur.
Pernah mengalami masalah plasenta previa pada kandungan terdahulu.
Mengandung anak kembar.
Merokok atau mengambil dadah.
Dipetik dari Harian Metro Online:
(Artikel: Nyawa ibu, anak terancam)
Nota: Jari Timore Kajang menyediakan urutan oleh bidan tukang urut sekitar Kajang, Cheras, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Semenyih dan Serdang. Hubungi / sms 0193060619 untuk pertanyaan pakej rawatan ke rumah puan-puan
20111115-165025.jpg
20111115-165526.jpg

Thursday, 3 January 2013

Petua Berkesan Cerai Susu Ibu

I nak share my experience masa i nak putus susu ngn anak i Danish. Memang susah la..sbb danish fully breastfeed. reason i nk berhenti menyusu sbb i pregnant for second baby. bila pregnant and at da same time menyusu badan i jadi sgt lemah. tambah dengan i baru start sambung belajar blk..lg la penat. and another reason is kesian baby kt dalam perut tak cukup zat n takut baby dalam perut underweight. so i decide nak berhenti. banyak cara i cuba. orang kata taruk benda yang die tak suka kat puting susu. i pn taruk ubat demam since danish tak ske makan ubat. mula2 mmg la die taknak tp once da hilang rasa ubat tu die hisap tak lepas2. takkan la setiap kali pn nak taruk kan. macam tak rsau la plak. so i cuba another method i taruk ubat gigi plak. sama jgk jd. then 3rd trial i taruk kopi. cam selamat sikit kot dari bahan2 sebelum ni. tp memang leceh la setiap kali die nak isap pn nak kena taruk..sampai serbuk kopi tu tumpah atas tilam. huhu..


sampai la satu hari. i balik kampung akak i cakap die dlu guna akar patawali. akar tu sangat pahit. spesies pokok liana die menjalar. kalo kat kampung mmg senang nak dapat. kat kl ni taktau la nak cari kat mana...taruk sekali je. rasa pahit kat puting takkan hilang selagi kita tak basuh..mmg lekat kuat la.. and the best thing dia tak berbau dan tak kotorkan baju dlam. i try 2 hari je and danish trus taknk isap lg.

perlu diingatkan setiap kali die nak menyusu sediakan siap2 susu formula kat tepi. bg je dia nak isap susu badan cam biasa bila die rasa pahit die akan lepaskan trus sumbat susu botol tu..memang berkesan and tidak melecehkan.

cara2nya potong akar patawali and amik getah die sapu kat puting. kalo ibu2 nak rasa pn bole jgk..i da rasa mmg pahit gler. n dont worry ianya tak beracun. so selamat tok baby..so ibu2 selamat mencuba..