semalam tiba2 je terfikir pasal stem cell ni..so search la info tentang ni. masa danish dulu tak terfikir pn. tapi bila anak kedua ni. nak cuba la jugak.bila pk2 mmg la kos penyimpanan untuk orang yang tak berapa mampu ni mahal la jugak. tp pk balik if la one of the family sakit kos perubatan tu lagi mahal kot..kalo tak mampu nak simpan tok peribadi pn why not kita derma je kat tabung darah negara. tak rugi pn kan..dapat pahala tolong orang. and some more tak sakit pn. daripada tanam and tak dimanfaatkan. hmm so kat cni i selitkan sedikit info tentang stem cell ni.
DARAH TALI PUSAT PENAWAR AJAIB
Berpotensi merawat lebih 70 jenis penyakit termasuk barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang dan parkinson
SECARA
tradisi, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada
bapa untuk dibasuh sebelum ditanam. Berdekad lamanya, tiada siapa
mengetahui keistimewaan darah dari tali pusat dan keupayaannya sebagai
penawar ajaib untuk lebih 70 jenis penyakit.
Hanya kira-kira 20
tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati, darah tali pusat
mengandungi banyak sel dan satu daripadanya sel stem. Pada 1988,
sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem
bagi pesakit Fanconi Anemia.
Di Malaysia, sejarah tercatat
sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu) melakukan
pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit
talasemia major. Sel stem berkenaan didermakan adiknya yang baru
dilahirkan.
Bagaimanapun sejarah itu tidak banyak kesannya kepada
penduduk Malaysia secara keseluruhan. Dalam satu kajian rambang di
kalangan penduduk Lembah Klang baru-baru ini, hanya 42 peratus responden
tahu mengenai darah tali pusat. Jika dibandingkan dengan negara luar,
Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dari segi kesedaran dan kemudahan
penyimpanan darah tali pusat.
Selain Pusat Darah Negara yang
menubuhkan Bank Darah Tali Pusat pada 2002, yang menyimpan darah tali
pusat untuk kegunaan awam; hanya ada dua bank darah swasta menawarkan
perkhidmatan ini. Satu daripadanya StemLife Bhd yang sudah beroperasi
sejak empat tahun lalu.
Pengarah Operasi StemLife Bhd, Zahrein
Redza, berkata sehingga ini walaupun mereka memiliki 6,000 pelanggan,
kebanyakan mereka bukan Bumiputera.
kesedaran Bumiputera untuk
menyimpan darah tali pusat bayi masih rendah. Mungkin maklumat tidak
sampai atau mereka tidak tahu keajaiban darah tali pusat kerana jika
diambil kira dari segi kos, menyimpan darah tali pusat hanya berharga
RM250 setahun, katanya.
Dari segi perubatan, tubuh manusia
memiliki 200 jenis sel seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel
kulit, tetapi setiap sel ini bersifat tersendiri. Sel kulit tidak boleh
menjadi sel hati begitu juga sebaliknya.
Sel stem adalah sel
kosong. Ia memiliki keupayaan untuk terbahagi dan menghasilkan lebih
banyak sel kosong dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel
darah merah dan sel darah putih. Keupayaan itu menjadikannya sangat
istimewa.
Sel stem dewasa berbeza dengan sel stem bayi. Sel stem
matang bersama usia justeru menyimpannya dengan teknik yang betul, mampu
mengelakkannya matang dan berupaya menyelamatkan bayi atau ahli
keluarganya di masa hadapan.
Dari mana datangnya sel stem embrio?
Manusia memulakan kehidupan sebagai sel tunggal yang dikenali sebagai
zigot. Sel ini boleh terbahagi dan membentuk dua sel. Dalam tempoh lima
hari, pembentukan ?lastocyst? terjadi. ?lastocyst? lebih kecil daripada
pasir dan mengandungi dua sel, ?rophoblast? dan ?nner cell mass?. Sel
stem embrio adalah sel yang membentuk ?nner cell mass?.
Apa
perlunya menyimpan darah tali pusat? Lebih 70 jenis penyakit berpotensi
dirawat menggunakan darah tali pusat. Antaranya barah darah, penyakit
jantung, kecederaan saraf tunjang, parkinson dan jumlah itu bertambah
dari saban tahun.
Zahrein berkata, di Malaysia penyakit talasemia
major semakin meningkat. Malah dianggarkan 4.5 peratus penduduk
Malaysia adalah pembawa.
keperluan pemindahan darah sangat
mendesak untuk pesakit talasemia major. Tetapi mungkin mereka akan
bertemu penawar yang mujarab jika pesakit atau ahli keluarga terdekatnya
ada menyimpan darah tali pusat,? katanya.
Darah tali pusat yang
disimpan tiada tarikh luput. Selagi teknik penyelenggaraannya betul
(disimpan dalam nitrogen cair dengan suhu beku - 196 darjah selsius) ia
sentiasa berupaya menjadi penawar kepada bayi. Jika mungkin bukan bayi
itu yang memerlukannya, ayah, ibu atau adik beradik kandungnya yang
berhadapan dengan penyakit kritikal masih boleh mengambil manfaat.
Begitupun,
keberkesanan darah tali pusat terhadap saudara jauh atau individu di
luar keluarga berkenaan bergantung kepada keadaan penyakit yang
dihidapinya. Darah tali pusat yang datang dari bayi yang berhadapan
dengan penyakit tertentu seperti sindrom down hanya boleh digunakan
terhadapnya saja.
Keberkesanan pemindahan darah tali pusat juga
bergantung pada ?eserasian? penderma-penerima, jumlah sel stem yang ada
dalam darah tali pusat dan tahap penyakit yang dihidapi seseorang.
Zahrein
berkata, di StemLife kos penyimpanan darah tali pusat pada kadar
RM2,500 untuk proses pendaftaran, ujian, pemprosesan dan penyelenggaraan
manakala RM250 untuk tahun kedua dan seterusnya. Jumlah itu katanya,
lebih murah jika dihitung dengan harga segelas teh tarik yang dinikmati
rakyat Malaysia saban pagi.
Jenis Sel Stem
a) Sel stem totipotent boleh menjadi apa saja jenis sel dalam tubuh termasuk placenta.
b)
Sel stem pluripotent - terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses
penyuburan boleh menjadi apa saja jenis sel termasuk sel stem totipotent
dan sel placenta.
c) Sel stem multipotent warisan daripada sel setm pluripotent dan sel lain dalam tisu.
d) Sel progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.
Penyakit yang boleh dirawat menggunakan sel stem
* Barah darah
* Penyakit darah (talasemia)
* Penyakit metabolik
* Keimunan
* Jantung
* Diabetes
* Parkinson
Mengapa perlu menyimpan sel darah tali pusat anak anda?
* Ia adalah aset biologi yang berpotensi menyelamatkan nyawa bayi atau ahli keluarga.
* Proses pengumpulan darah tali pusat tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko pada ibu dan bayi
*
Berbanding sel stem daripada sum-sum tulang dewasa, sel stem darah tali
pusat lebih mudah diterima badan dan mempunyai risiko penolakan yang
rendah
INFO:
Jika dibandingkan dengan pengambilan sel stem
tulang sum-sum, proses pengambilan darah tali pusat tidak menyakitkan
dan tiada risiko untuk bayi dan ibu. Ia hanya memakan masa lima minit
selepas bayi dilahirkan.
Sel stem darah tali pusat tidak memiliki
tarikh luput, boleh diwarisi asalkan disimpan dengan teknik yang betul.
Ia lebih bagus daripada sel stem tulang sum-sum kerana tidak terdedah
pada kuman (kerana diambil sebaik saja bayi dilahirkan) berbanding sel
stem tulang sum-sum.
Jika anda ingin menderma sel stem darah tali
pusat bayi anda, sila berhubung dengan Pusat Darah Negara. Sekiranya
ingin menyimpannya untuk kegunaan peribadi ada dua bank swasta yang
boleh anda hubungi.
nak info lanjut boleh lawat laman web ni http://www.stemlife.com/malaysia/stem_cell/index.html
No comments:
Post a Comment