Setiap pasangan yang berkahwin menginginkan agar anak yang bakal lahir menjadi anak yang sihat, sempurna sifat, cantik, baik akhlak, cerdas dan pandai.
Setelah usia janin empat bulan, ketika inilah Allah akan meniupkan roh kepadanya. Maka termaktublah perjanjian antara roh manusia dengan Tuhan. Ketika inilah ditetapkan janin tersebut samada lelaki atau perempuan, beragama Islam, Yahudi atau Nasrani. Berapa usia kehidupannya. Siapa yang akan menjadi pasangan atau jodohnya. Menjadi anak yang baik atau sebaliknya. Bagaimana dan di mana dia akan mati. Semua itu telah sedia diacatitkan dalam Loh Mahfuz. Apa yang penting kita berdoa agar bayi yang bakal dilahirkan menjadi insan yang diredhai Allah.
Amalan-amalan yang patut ditunaikan oleh ibu bapa bayi tersebut adalah menunaikan ibadah yang wajib yang telah ditetapkan. Solat lima waktu sehari semalam dan berpuasa di bulan Ramadhan. Ketika ini juga ibu bapa digalakkan melakukan ibadah-ibadah sunat. Misalnya membaca Al-Quran. Antara surah-surah yang biasa diamalkan ketika mengandung adalah:-
Surah At-Taubah
Surah Maryam (mendapat anak yang sabar dan taat)
Surah Yusuf (memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna)
Surah Luqman (memperolehi anak yang taat)
“La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minadz_dzolimiin”
Ertinya:
Tiada Tuhan yang disembah sebenar-benarnya melainkan Engkau (Ya Allah). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
Sumber: Pedoman Amalan Ibu Mengandung by Nur Asyikin Haithami
Play Slots - Casino | JT Hub
ReplyDeleteJT's slots include more than 군산 출장샵 200 slot machines and a range of classic table games like blackjack 부천 출장안마 and roulette. 문경 출장샵 Learn more. Find out 성남 출장마사지 more at JT. Play 원주 출장마사지 Slots.